mengata???mengumpat???kali ni aku update blog ni nk cter pasal mengumpat,,aku saje wat ni hanya untuk pengajaran kite bersama,,semoga ape ya aku share kali ni dapat memberi kite kesedaran. ianya juga untuk diri aku sndiri,,
aku pelik ngn org sekeliling aku,,selalu ckp cam ni bile kne mengumpat "ala,mulot org,mne kite bole nk tutup"..
hahaha,,sebenarnye ape yg dye ckp tu untuk diri sndiri,,cube kite pikir,klo kite mgate org,boleh ke nk tutup mlot sndiri???
MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan
seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau
tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan
keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh
orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia
disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak
sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan
lagi sebagai satu perbuatan dosa.Hakikat inilah perlu direnungkan oleh
semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri
pelakunya diperlakukan perkara sama oleh orang lain. Allah akan membalas
perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
"Dan janganlah
sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Apakah seseorang kamu
suka memakan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai,tentulah kamu
sekelian benci memakannya."
(surah al-Hujurat ayat 12)
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Setiap Muslim atas Muslim yang lain haram darahnya,haram hartanya,dan haram kehormatannya."
Sabda Rasulullah S.A.W lagi:
"Janganlah
kamu sekelian dengki-mendengki,janganlah benci-membenci,janganlah
menambah harga terhadap barang yang hendak dibeli oleh
saudaramu,janganlah musuh-memusuhi,jangan umpat-mengumpat setengah kamu
dengan setengah yang lain,dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah
yang bersaudara."
kadang- kadang kite x sedar dengan apa yang kite da ckp atau buat. semoga kite sentiasa dijauhkan daripada melakukan perkara-perkara yg boleh dibenci oleh orang lain.
oleh itu,mari lah kite renungkan diri masing-masing. perbaikilah dri kite. sekiranya ape yang diperlakukan oleh orang sekliling kite jadikan ia sebagai pengajaran dan bukan menghinanya. marilah kite megubah kontroversi mencari satu jalan konklusi yang terbaik.=)
BalasPadamyup!!^__^
BalasPadam